Wednesday, 20 July 2011

Kedai Kopi

Bissmillah,

wah wah, semalam lepak kedai kopi kat area SHAH ALAM, best gila. Lepaking bersama kak su, aisyah, izaty, abg kak ku, ainul dan jugak aku sendiri, hihihi. Me-Release tension so, kitaorang lepak kat tepi tasik. Best gilaaa! Rindu nak buat macam tu lagi. hihi, wah! Lepas solat asar kat Masjid Shah alam tu, kitaorang naik kereta ramai-ramai, pergi kat area Quality Hotel untuk cari kedai kopi. Okay, sampai sana, order lah makanan dengan air.

DUA ABC SPECIAL.
KUEY TIOW GORENG DUA.
AIR LIMAU SATU.
NASI GORENG SAMBAL BELACAN.

hahaha! lupa nak snap gambar makanan tu la, im sorry. hahaha. nak tengok gambar kitaorang tak? Tapi izaty takdeee :(


thanks to IZATY BINTI ISMAIL.

hahaha! takpe, nanti kite picnic ramai-ramai kat sini, okay? :)


Monday, 18 July 2011

Festival Al-Quran sedang berlangsung.

Bissmillah,

keychain-rm5.00
haaa, ni lah masa festival. Nampak tak? Bunga ros banyak-banyak tu? Itu buat sendiri tau. Tak main la cetak kat kedai. Apa barang? kan? kan? hihihi. Okay. Keychain tu, kak akmal, Nani dengan izzaty je yang rajin buat. Hehe, biasa lah. Orang rajin, nak buat macam mana? hahaha~ Selain tu, kitaorang jual bookmark. Bookmark campur dengan KHAT, rm2.00. Kalau siapa-siapa nak tempah, tolong add nani kat fb, then bagi number phone. okay? Jangan risau. Kami buat kerja IKHLAS. lol. Masa festival tu, macam-macam ada.



amacam? okay tak? Muka happy, hati ponek. hahah! Nak buat macam mana? ikut saja maa~ lol.
Dah tengok kan? Nak tengok tak benda yang paling comel kitaorang buat?

comel tak? rm5.00 je seramik ni.

hehe, okay. 2 minggu festival. Takde rehat-rehat. Sekarang ni je rasa okay sikit. Sebab 2 minggu pun dah berlalu. Fuh, alhamdulillah. Jom kita tengok post seterusnya...





kakanda ku :)

Bismillah,

ya, heloo. Lama aku tak update blog ni. Busy babe. Susah nak online. Okay, tittle kat atas tu, kakanda ku. Ye, hari tu kan aku balik Karak. Jumpa family aku. 3 Hari kat sana. Jumpa kakak dengan anak buah ku. Wawawa. Rindu sama anak buah ku dan adik beradik ku. Hihi, ouh ya. Kakak Rozita ku, tiba-tiba dia kata nak ikut aku balik KL. Dah tu apa lagi, aku pun bawak lah dia balik KL. hehe, duduk dengan aku kat rumah sewa ni. Wah, seronok nampak. Kah kah kah. Padahal tak happy pun, sebab masa tu, ada banyak kerja, so macam tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya lah kat kakak ku tu :( sorry kakak! adui. Ni gambar kitaorang masa dari Karak ke KL. meh meh, rapat2 tengok.



hahhaa! aku makin gemuk, stress wehh~ hahaha.


Wednesday, 6 July 2011

Part Time :)

Bismillah,

ouh hiii, selamat pagi korang-korang semua. Okay, sempat lagi nak tulis blog sebab pukul 10 dah start kerja. Okay,Nani sudah kerja sambil belajar. Sementara badan masih kuat, cari lah kerja. Aku pun nak tolong family aku ni ha. Takpe la, aku fikir dua tiga juta kali, dari kecik sampai besor mak bapak aku tanggung aku, kali ni, biar aku berkorban sikit. Biar aku study sambil kerja. InsyaAllah boleh :) hehe. Nak tahu aku kerja apa? Simple-simple je. Promoter untuk kedai tudung. Wah wah. Siapa nak beli shawls or tudung, semua ada. But its at shah alam. Datang jangan tak datang :D bukak pukul 10 pagi, tutup 10 malam. Gaji pun okay. Tak nak complain macam-macam, terima je apa yang ada. Baru rezeki tu murah. Kan? kan? hihi. Nak sibukkan diri aku, supaya aku tak fikir banyak. Nanti korang datang tau, kat PLAZA MASALAM shah alam. Tau? ecehhh. hihihi. Okay lah, nak pergi mandi and bersiap. Jangan lupa eh :P Byebye.

Tuesday, 5 July 2011

Festival Al-Quran

Bismillah,

Selamat tengahari. Awok-awok sekalian. Hihi, macam mana? sihat tak? Nani okay saja. Cuma busy sikit dengan Festival Al-quran kat shah alam. Iaitu kat kolej kitaorang :) hehe. Okay, memandangkan festival tu 8 july ni, so, kitaorang ada rehearsal ahad ni. Dan aku, aishah dengan ainul selaku AJK Pendaftaran, Kena check nama orang-orang. VVIP: Datuk/Datin/ Menteri/Sultan. Tidakkk! Kena berani ni. Wah wah. Persediaan sy, ketawa dan ceria kan mood anda.

jangan tunjuk sedih @ kecewa :)

hihihi.

siapa-siapa nak pergi ke Festival Al-Quran dan Kesenian Islam tu, sila add facebook sy, dan kemudian boleh terus call sy :D terima kasih.




Wednesday, 29 June 2011

Tiredness :(

Bismillah,

ouh, 12:28pm. Sudah tengahari. Hopefully semua para pembaca bloggers dah makan :) hihi. Okay, Hari ni rasa macam penat sangat-sangat. Entah mengapa. Mungkin sebab aku berulang-alik dari shah alam ke Klang. Dan hari nya adalah semalam. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Ehehe~ suka nyaa saya. Allah jaga kami. Syukur. Muahh :*

Semalam, aktiviti aku. Lepas habis class sejarah. Aku dengan kak su balik rumah sewa. Kak su nak tumpang solat asar kejap sebelum bincang apa yang nak dilakukan selepas solat. Haha, akhirnya... Lepas solat tu, aku bincang dengan kak su. Pergi makan kejap kat Restoren Azira belakang rumah tu haa. Habis la, gemuk perut aku. Peh tu, mula la, nak muntah. Haih. Semalam makan kuey tiow pedas. Berasap-asap pedas nya, tapi tak pedas-pedas pun. HIHIHI :P Mintak maaf makcik, sebenarnya kuey tiow makcik tak pedas pom, hahaha. Kak su pulak makan soto. Maklum lah orang berdiet memang macam gini. hihi, okay then, lepas je order itu makanan, kak su minum air limau, haih. Memang nampok sangat nipunye. hahaha! Aku pulak air sirap bandung. Biasa la, pink nampak lembut. Aku bukan lembut pun. KAH KAH KAH! Er, apa-apa pun, memang sedap gila la air bandung tu, sampei dua gelas aku minum. Tahu dop? eceh. Cakap terengganu pulop. hahaha! :P Okay-okay. Lepas je makan semalam, aku terus ikut kak su balik Klang. Dari maghrib sampai pukul 9:45pm aku sampai umah dia kat Apartment Turi, Klang. Hihih, apa-apa pun, memang best. Tpai penat sikit ler. Sebab duduk atas motor kan? apa kan daya? hehee~ Okay, sekarang ni, aku nak pergi makan kejap kat plaza masalam. Apa-apa pun, nanti kita cte lagi tau? :D

Sunday, 26 June 2011

Cukup la.

Bismillah,

Ya allah, berikan lah ketabahan hati untuk hamba Mu ini. Hanya pada engkau aku berserah, dan Hanya pada engkau aku kembali. Lindungi lah diri ku ini dari kejahatan di dunia. Jauhkan lah hamba mu ini dari api neraka dan seksaan kubur.

Oh, post kali ni untuk sidia. Maafkan sy. Sy tidak boleh lupa kan awk. Awk sangat baik. Tapi mungkin ada hikmah kenapa kita jadi begini. Kan? Maaf sangat-sangat. Sy mahu pulang. Pulang pada jalan yang benar. Sudah sakit dengan semua nya. Tiada guna beritahu pada mereka jika mereka lebih percaya kan orang lain daripada anak sendiri. Betapa sakitnya hati sy mereka kata sy bermain-main tentang semua ini. Memang Allah menguji sy lebih dari awk. Dia sayang sy. Dan sy sayang Allah. Jika ada jodoh dan rezeki, insyaAllah, Mesti Allah permudahkan segala nya. Amin.

ps:// ke'am, still missing you. Allah always at ur side. Me either. Take care.

Maaf Menghilang.

Bismillah,

ouh hii kawan! Maafkan nina sebab menghilang tanpa kata. Lately, banyak benda nak cerita ni.Okay, before that, bagi sy tiup habuk-habuk kat belog ini.

Puh puh.. bersihkan sikit sesawang tu, hehe

Okay, Nani minta maaf sangat-sangat sebab menghilangkan diri. Nani busy dengan ASSignment. Hahah! Apatah lagi now dah tukar kolej. Masuk pulak kolej islam. Dari Chef bertukar menjadi Ahli Kaligrafi Islam. Apa macam? Hebat tak Nani Moxie ni? HIHI. Dulu kawan lain, sekarang dapat perangai kawan yang lain pulak. Ya Allah. Hidup ni penuh dengan titik titik hitam. Kalau nak tahu, kena lah tabah untuk hadapi semua nya. Jangan takut pulak untuk teruskan kehidupan. Biasa la kalau Allah uji tu. Tanda Dia ingat. Kalau orang tu tak kena uji, tanda Allah lupa dia :) Okay, masuk saja kolej islam di shah alam ni. Terus daftar. Macam biasa, student kat situ hanya 4 orang saja. Apa-apa pun, terima kasih kepada Kak ainul dan Aishah sebab menjadi classmate untuk intake bulan jun 2011. Piwitt! Lupa! Alfi, kawan ku sorang. Lelaki. Dia lah satu2 nya lelaki yang kami ada dalam kelas tu, hihi. Thanks bro.

TUTUP cerita pasal kolej itu. Now, cukup la aku cerita kan pasal tu, nanti aku cerita lagi tau :)

kak ainul dan nani.
aisyah dan nani.

Thursday, 9 June 2011

penatnya...

Bismillah,

Hehe, selamat malam untuk semua para pembaca-pembaca bloggie Nani Moxie, lol. Em, tajuk post untuk malam ni, Penat? hehe, Buat apa tu nani? penat-penat bagai, ce cte ce cte. Hehe! Okay, meh sini. Ada Dua org kawan baru saya, nama dia, aisyah :) dan sorang lagi kak ainul :) Dua-dua cute and comel. wahahah :P Em, penat? Buat apa? Diorang ni tidur rumah aku dah nak dekat 1 minggu, hihii. Diorang tu kerja nya dalam bilik, aku ajak keluar, tak nak. Time aku nak tidur, baru nak ajak jalan-jalan, hahah! hampeh betul.

Aktiviti untuk hari ni, 9/6/2011. Pagi-pagi bangun, pukul 9 lebih. Kejutkan akak ku sorang dengan isha tu, sebab nak pergi giant kota damansara :) Hahah! plan pukul 11 pagi nak pergi, tapi memang MASALAH betul ahh, kacauuu! Ada orang nak repair toilet pulak, hahaha -.- tension. hahaha.

perbualan antara nani dengan bibik gue, hahah

nani: hooo, chik! lama lagi ke? (suara garang)
bibik: tunggu skejap yakk.
nani: err, yelah, apa-apaan sih?
bibik: waduh, sekejap laaa naa.
nani: yelah...

hahaha, emo tak aku? hahaha, biasa la tu, hormon tak betul hahaha! :P err. Okay, dah pukul 11:30pagi, so, masa untuk ke Giant. Dah kunci pintu semua apa semua, then, aku, kak ainul, isha, bibik aku pun pergi la Giant tu ha, haha! Punya la hangus terbakar, panas gila kot. Pukul 12 tghari, memang terbaek la. Geram aku, hahaha! Dah sampai je Giant, aku ke Wendy. Dengan bibik aku, makan-makan kat sana (sorry la, tak snap gmbar pun, sebab camera sony pecah, so nak kumpul duit, beli yang baru :( aduii~)

Sampai je kat wendy, terus order. Ayam Spicy 2 ketul, air miranda strawberry and burger wendy. hehe, sedap nyaa :p hehe, nak tk? Jom. Datang rumah ainina Moxie kat kota damansara tau, hihiihih. Yang dua orang tu tak tahu ke mana? ahaha, naik turun giant kot, aku pun tak tahu. huu.Okay, lepas aku dgn bibik aku habis makan, kita orang jenjalan kat area Market and we had done a lot of fun there. Macam-macam beli kat sana, hihih. Skirt merah, nanti aku snap ok? hahah! Harga pun boleh tahan. Aku beli Short Cardigan. Pehtu, beli macam-macam.

Dah puas jenjalan tu, then, semua orang dah penat and go home with a very beautiful face and tired. LOL. Okay, tangan aku dah penat kot nak tulis, nanti aku cte lagi. byebye, malam!

Wednesday, 8 June 2011

Shopping*

Bismillah,

wah! Alhamdulillah, dapat tulis blog jugak untuk hari ni. Dah nak masuk zuhur dah pun, hihi. Zuhur :) Okay, belum azan lagi kan? Em, Post kali ni, mesti semua org suka punya. Lagi-lagi perempuan. Hehe, shopping. heheh' Owriteeee~ Kawan aku tanya, ramai yang tanya:

'Nani, kau shopping kat mana eh?'
aku jawab: kat maysaa.

'Mahal tak?'
aku jawab: ok-ok saja harga dia. Sempoi~

Okay, apa yang best kat maysaa tu?
Meh aku jawab, aku suka baju-baju kat maysaa gilagila* sebab:

1. kain lembut.
2. Maxi dress (salah satu baju kegemaran)
3. Satin
4. Skirt
5. And SCARVES.

hoho, shawls dah berlambak dah, now focus pada penampilan. Gotta be slim okay, yey! Tak sabar nak jadi Nani yang baru, cun and penuh dengan semangat baru, hehe.

untuk yang berminat untuk lihat website tu, boleh copy and paste pada bawah ni.



(www.my.maysaa.com)

tq! :)

Saturday, 4 June 2011

Obstacles.

Bismillah,

ah, selamat malam kawan-kawan. Maaf pada semua readers ainina moxie. Nani Busy sikit dengan urusan peribadi, huu. Masalah and masalah. Antara hidup dan mati. Susah nak cerita kat sini, sebab ini tempat public. hehe, takpe lah. biar hati saja yang tanggung sorang-sorang. Allah ada kan? Moga Allah lindungi aku dari segala kejahatan, ameen. Allah cipta kita nak kita sujud pada Nya, bukan suka-suka. Tapi kebanyakan manusia semua hidup semua nak enjoy, kan? kan?

(MARAH PADA DIRI SENDIRI)

Takpe, aku akan cuba diri aku untuk jadi yang terbaik untuk sidia dan Allah, Allah number one, dia number two. Okay? Dia uji kerana sayang. Obstacles making us been so matured. Aww, sweetnya aku ni cakap macam ni, hehe, okay lah, tak nak cakap banyak-banyak, takut banjir 1 bilik ni kang, aduii :'( have a nice day okay? byebye :)

Wednesday, 1 June 2011

Sistaaa'

Bismillah,

aww, selamat tengahari, 12:44pm. Yeah, cuaca kat luar pun macam nak hujan and ribut. Wallahualam, moga dilindungi sentiasa. Kan? kan? Err, post kali ni, untuk insan yang tersayang, kekanda ku. Kakak ku! Yeah, kembar ku, sama pada semua nya, kakak ku yang selalu ada untuk ku. Dia sayang aku, aku sayang dia. Sampai bila-bila. Macam 'Mencurahkan air ke daun keladi'! hahah' apa lah Nani ni. Keh keh keh. Okay, dia baik sangat. And suka dengar aku membebel, hahaahaha' Ouh, semua kawan-kawan aku tanya, berapa umur? Dia nak masuk 19 tahun, ngee. Bulan 10 ni birthday dia, hahah. Sekarang ni, dia tengah cuti and lately akan ke Karak untuk teman mama ku di sana, MAMA kami di sana, whoaa! jealous, aku tak dapat nak pergi, sebab nak masuk kolej dah. Rinduuu kakak, rindu anak buah, rindu abg, rindu mama, rindu rumah karak (; Thank you Allah sebab bahagiakan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Nota untuk kakanda: Adik sayang akak sangat-sangat, sayang lebih dari nyawa, if apa-apa berlaku, bagitahu adinda mu ni <3


Tuesday, 31 May 2011

Fighting

Bismillah,

Maghrib! Oh no, Solat solat! Jangan tunggu lama-lama kay? hehe. Aww, ada orang request suruh aku buat post pasal 'Fights' atau dikenali sebagai Gaduh. Em, sangat teruk! Apa nak jadi dengan dunia nii! People changes not because of everyones, but changes because themselves. Hohoh! I'm sick of it. Terlalu penat dengan dunia. Penat dengan semua benda. Penat dengan kawan-kawan yang kadang-kadang hanya ambil kesempatan, Penat dengan kawan-kawan yang suka kan Publisiti, Kawan-kawan yang pentingkan diri. Wahh! Penat gila kot' Dari dalam perut mak, sampai la keluar and dah habis kolej, jumpa kawan yang semua nya nak ambil kesempatan je. Nak cari kawan yang baik pun susah. Macam mana ni? -.- yeah, Dunia akhir zaman, kan? Kutuk sana sini, Maki sana sini, fitnah sana sini, ya Allah, tolong :( Takut tengok duniiaaa!

P/S: musuh-musuh sy, kawan-kawan sy, sy minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki :(




Monday, 30 May 2011

Calligraphic Project

Bismillah,

aww, selamat malam readers. Yang mana mata tengah segar-bugar tu, mari sini, dekat-dekat dengan skrin Laptop atau Computer, meh meh. Malam ni mood aku tengah ok-ok, hahah! Penat aku siapkan project aku yang tak seberapa ni, hihihi. Okay, Calligraphy, yeah. Itu memang kerja aku. Tulisan Jawi yang ada dalam Quran atau Kalamullah tu, tu semua minat aku. Aku KEminatAN pada benda-benda macam tu. Wah wah, apa lagi, malam ni memang terbaek wokk' aku siapkan 1 surah Al-Fatihah :D Happy! Nak tengok tak? Jom jom.

Tu dia...


 sorry if tak nampak! Tapi add lah aku, add Facebook aku, nanti aku approve, korang check album aku :) ngee~ thank youu :P



Takde kerja :P

Bismillah,

wah wah, sekali post aku untuk 1 hari ialad 3 posts. Hahah! Aku tengah GERAM gila. Aku lupa password blog lama aku -.- Erhh, tension! HAHA, kalau nak baca, korang singgah la kat [www.aininaas.blogspot.com] yeah. Kat situ dah banyak posts pasal aku. And sambung kat blog ni kalau dah habis baca kat blog sana tu, okay? :) Memandangkan aku kena kerja kat klinik mak aku untuk dua hari ni, isnin dengan selasa, sebelum aku berangkat ke shah alam untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang Ahli Kaligrafi. hee, dah menetap di Apartment Sri Mahligai. Jumpa kawan-kawan baru, hahah! Semoga jumpa kawan yang baik-baik. Amin.

*motivasi diri sendiri*

haih, apa kata snap-snap gambar dulu. Nak?
hihih, jap jap, ce tgok ce tgok.


hahah! :P


Senyap Cafe :)

Bismillah,


hahah, okok, meh nak cerita ni. Err, But sebelum tu, thanks untuk kawan-kawan kolej yang bawak aku keluar dari dunia remaja dan masuk ke dunia dewasa, hahah! Senyap Cafe, yang ada kat extream park shah alam, sec 13. Sebelah burgerking, wahaha! Best. Semua benda warna hitam, aww, my fav's colour pulakk tu. Senyap Cafe, kat situ aku mula berHookah bersama-sama kawan-kawan kolej ku. Dan kat situ aku start kenal semua orang, hahah! Thanks to Afifah Azura, Nadia S'rizan, Ahmad Nazim Amri, Muhd Akmal, Nabil, Ebal, Syahmi, Sharina, Botak, Amirul, khai, Yeop, Afiq, Hani, and Alls, Wahh! Happy gila kot kalau hang-hang-hang out dengan diorang tu semua, Open-minded plus Gila! hahah :P <3 ilove themmm;


and plus..

Thanks to budak-budak Cafe Senyap, Metal Burger and Hookah streets :)

Boy, adly, kidd, juf, ajim sebab sudi kenal :P KAH KAH KAH! ayat poyo je. Em, nanti i datang sana okay? You guys, keep in touch, okay?

oh oh oh ok, itu je kott, aku malas nak membebel sorang-sorang lagi, penatt doh! hahah! byebye.

hohoh'

Bismillah,

Selamat pagi friends :) Err, aku sebenarnya tengah no mood, less talk nak cakap dengan siapa-siapa, lagi-lagi kena membebel dengan mak aku semalam, hahah' aku pun tak faham apa yang mak aku cakap. Sorry to say, i couldn't think too much. Mood masih dalam kesedihan. Mungkin sebab rindu kat semua housemates, roomates. Seriously, rindu gila. 2 bulan dekat situ, dah kenal perangai diorang. Lagi-lagi hidup dalam keadaan yang suka memekak 24 jam. Nak tidur bising, Nak makan bising, Nak mandi pun bising. Bila dah balik rumah, err, Senyap je, apa-apa tah >,< Sunyi gilagaban* grr -.- mood aku asyik nak marah je hari ni, tak tahu kenapa. Aku tak suka bila ada orang paksa aku buat benda yang aku tak suka. Rimass! Macam aku tak boleh nak berdiri dengan 1 kaki bila semua orang suruh-suruh aku. Mencii laa. huuu, kbai~

Sunday, 29 May 2011

Nani Atau Nina?

Bismillah,

hahaha! Okay-okay, penat pulak petang-petang macam ni, nak tidur tak boleh, dah asar :) Nanti lebam-lebam pulak badan ni ha, err. Hai-hai, nama saya Rossliena. Nama kakanda saya Rozita. Haha! R and R. Bukan tempat perhentian okay? :) hihi, em. Post entry untuk kali ni adalah nama baru aku. Nani! Nani! Nani! Sebenarnya, start dari orientasi lagi, dah ada orang panggil aku Nani, dia kata, dia tengok muka aku, dia kata sesuai nama Nani! So, aku pun buat la nama Nani, kebetulan, baru-baru ni lecturer kat kolej islam pun tersasul panggil aku Nani, hahah! Lawak. What a beautiful name for me. Aww, sangat terharu. Sama je pun. Nani ke Nina, Nina ke Nani, hehe. Comel tak? :P apa-apa boleh add facebook saya :D

NANIIII!

Memang rindu kitchen class.

Bismillah,

selamat petang para pembaca Ainina/Nani Moxie. Haha, Untung ada orang sayang, hahah! err, aku nak bgitahu ni, sebenar nya kan, kan, kan, kan, kan, aku rindu kat kitchen class aku, mana tak nya, if not, i going to be a very respectively chef, tapi hajat tak tercapai, hanya sekerat jalan je, adui. Nak buat mcm mana, ada benda yang lebih baik, then, i should move it. Okay, rindu sangat-sangat nak masuk dapur, nak hang out dengan kawan-kawan dalam kelas. Nak memekak dalam kelas, hahaha. Tapi :( Tinggal kenangan je. Haih. Em, Chef reza, thanks sebab bagi assignment yang berlambak, dan mentor ku, chef suria yang sempoi. Kawan-kawan terdekat dalam kelas, Nazim, Effa, Nadia,Faiz,Fai, Nabil, Ebal and alls. Wuu~ Presentation tak sempat nak join sebab aku pergi terlalu awal, Aduhai! Rinduu. First time masuk kitchen dah buat chicken chop, hihihi. Yeah yeah.






jeng jeng jeng 

CHICKEN CHOP!


YUMMY! thanks untuk semua, heheh


Akimi Shamin

Bismillah,

ops! Wah wah, kalau tadi cerita pasal kahwin dengan calon, nak tengok calon saya? :P ini lah dia, my hero!

cute takk? :P
Akimi shamin, i love you so much and i really hope that we're not going to leave each other. Sy hanya sayang awk, sy tunggu awk. Awk mmg terbaik sangat untuk sy, dan sy sayang awk gilagila. Awk pandai jaga hati sy, kejutkan sy untuk subuh, awk my Thailand's guy yang sangat Power. You're too kind, awk memang baik sangat.

"ya Allah, kau kuatkan ingatan ku terhadap mu, kau dekatkan hati ku terhadap mu, dan kau beri kan hamba mu ini yang terbaik, dan jodohkan kamu berdua. Ya Rahman, Ya Rahim, kau dekatkan hati ku dan hati dia, kau jodohkan aku dengan dia, dan tabahkan hati kami menghadapi cabaran mu ini, amin :( "

aduhai~ aku yang tulis, aku yang nak nangis, rindu dia sangat~ Doa kan kami dijodohkan tau, nanti kenduri, aku jemput para bloggers semua <3


Kenduri Kahwin?

Bismillah,

haha, selamat tengahari korang-korang semua! Dah lunch ke sayang-sayang ku? haha, ouh tidak, post kali ni agak best je kan? lagi-lagi untuk perempuan, kahkahkah! Aku baru je lepas balik dari kenduri kahwin ni ha, Alhamdulillah, burpp, kenyang sungguh, hahah! Dah lama tak makan nasi minyak, ayam masak merah dengan rendang daging, dan hari ni, adalah masa untuk aku jamah makanan-makanan kat rumah 'owang' kahwin, hahah. Ouh tidak, sudah ku sangka, bila pergi je rumah orang kahwin kawan-kawan mak aku, mesti punya ada orang akan tanya mak aku pasal anak dara -.- hahah. Memang terbaik laa kan, kikiki. Aku baru nak duduk kat sebelah mak aku, tiba-tiba, jeng-jeng-jeng.. ada pulak makcik sorang ni, tanya..

"tak lama lagi dokter dapat menantu"

hahah! aku dah tahan ketawa ni ha, calon pun tak tahu ke mana, ini kan nak menantu. hahah! Memang bagus kata-kata makcik tu, macam tahu-tahu je aku nak kahwin cepat, lalala~ :P em, okay, skrang dah masuk waktu zuhur, aku nak siap-siap solat, and then, bersiap untuk make-up. Aku nak pergi kenduri kahwin kakak angkat aku pulak, kehkeh, pekerja mak aku :) yeah, kak noorita! Selamat pengantin baruu~ hihih.

Saturday, 28 May 2011

i miss him :(

Bismillah,

aww, dah pukul 11:41pm, okay, kenapa Ainina atau Nani belum tidur ni? Meh aku jawab. Aku rindu si dia. Aww, siapa eh? My thailand's guy. Tak perlu kata apa-apa. Aku memang rindu dia sangat-sangat. Cukup la untuk 1 bulan aku nangis kerana dia. Cukup la Ainina. Berhenti menangis. Kalau dia sayang kamu, dia akan cari. Doa banyak-banyak. Korang tahu tak, aku rindu nak text dia snagat-sangat, handphone dia takde :( dia tak online pun, busy kot. Mungkin*

Ya Allah, jodohkan lah kami walaupun kami berjauhan untuk sementara atau selamanya. Dan jika dia sayangkan hamba Mu ini, dekatkan hati dia dan hati ku untuk bersama, ya Allah, permudahkan segala urusan dan hubungan kami supaya ke jalan yang benar, bukan ke arah maksiat, amin. :(

p/s: akimi shamin bin suhaimi


iloveyou


Saat akhir di PTPL college

Bismillah,

effa & Nani
nadd & Nani
kak fiza, effa, kak huds, and Nani :)
aww, rindu sangat-sangat kat diorang :( bila lah lagi boleh lepak-lepak sama-sama, hahah. Pergi kolej untuk belajar sambil enjoy, yeahh! Yang penting, jaga maruah, kan? kan? :P Rindu gila-gila kat kawan-kawan kolej. Wah wah wah, lagi-lagi roomates, housemates, and geng Cafe senyap! HAHAH, yeah yeah. Keluar malam-malam, lepak kat cafe senyap. Best! Metal burger, piwitt! <3 yummy, apa-apa pun, thanks kawan-kawan.