Wednesday 20 July 2011

Kedai Kopi

Bissmillah,

wah wah, semalam lepak kedai kopi kat area SHAH ALAM, best gila. Lepaking bersama kak su, aisyah, izaty, abg kak ku, ainul dan jugak aku sendiri, hihihi. Me-Release tension so, kitaorang lepak kat tepi tasik. Best gilaaa! Rindu nak buat macam tu lagi. hihi, wah! Lepas solat asar kat Masjid Shah alam tu, kitaorang naik kereta ramai-ramai, pergi kat area Quality Hotel untuk cari kedai kopi. Okay, sampai sana, order lah makanan dengan air.

DUA ABC SPECIAL.
KUEY TIOW GORENG DUA.
AIR LIMAU SATU.
NASI GORENG SAMBAL BELACAN.

hahaha! lupa nak snap gambar makanan tu la, im sorry. hahaha. nak tengok gambar kitaorang tak? Tapi izaty takdeee :(


thanks to IZATY BINTI ISMAIL.

hahaha! takpe, nanti kite picnic ramai-ramai kat sini, okay? :)


Monday 18 July 2011

Festival Al-Quran sedang berlangsung.

Bissmillah,

keychain-rm5.00
haaa, ni lah masa festival. Nampak tak? Bunga ros banyak-banyak tu? Itu buat sendiri tau. Tak main la cetak kat kedai. Apa barang? kan? kan? hihihi. Okay. Keychain tu, kak akmal, Nani dengan izzaty je yang rajin buat. Hehe, biasa lah. Orang rajin, nak buat macam mana? hahaha~ Selain tu, kitaorang jual bookmark. Bookmark campur dengan KHAT, rm2.00. Kalau siapa-siapa nak tempah, tolong add nani kat fb, then bagi number phone. okay? Jangan risau. Kami buat kerja IKHLAS. lol. Masa festival tu, macam-macam ada.



amacam? okay tak? Muka happy, hati ponek. hahah! Nak buat macam mana? ikut saja maa~ lol.
Dah tengok kan? Nak tengok tak benda yang paling comel kitaorang buat?

comel tak? rm5.00 je seramik ni.

hehe, okay. 2 minggu festival. Takde rehat-rehat. Sekarang ni je rasa okay sikit. Sebab 2 minggu pun dah berlalu. Fuh, alhamdulillah. Jom kita tengok post seterusnya...





kakanda ku :)

Bismillah,

ya, heloo. Lama aku tak update blog ni. Busy babe. Susah nak online. Okay, tittle kat atas tu, kakanda ku. Ye, hari tu kan aku balik Karak. Jumpa family aku. 3 Hari kat sana. Jumpa kakak dengan anak buah ku. Wawawa. Rindu sama anak buah ku dan adik beradik ku. Hihi, ouh ya. Kakak Rozita ku, tiba-tiba dia kata nak ikut aku balik KL. Dah tu apa lagi, aku pun bawak lah dia balik KL. hehe, duduk dengan aku kat rumah sewa ni. Wah, seronok nampak. Kah kah kah. Padahal tak happy pun, sebab masa tu, ada banyak kerja, so macam tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya lah kat kakak ku tu :( sorry kakak! adui. Ni gambar kitaorang masa dari Karak ke KL. meh meh, rapat2 tengok.



hahhaa! aku makin gemuk, stress wehh~ hahaha.


Wednesday 6 July 2011

Part Time :)

Bismillah,

ouh hiii, selamat pagi korang-korang semua. Okay, sempat lagi nak tulis blog sebab pukul 10 dah start kerja. Okay,Nani sudah kerja sambil belajar. Sementara badan masih kuat, cari lah kerja. Aku pun nak tolong family aku ni ha. Takpe la, aku fikir dua tiga juta kali, dari kecik sampai besor mak bapak aku tanggung aku, kali ni, biar aku berkorban sikit. Biar aku study sambil kerja. InsyaAllah boleh :) hehe. Nak tahu aku kerja apa? Simple-simple je. Promoter untuk kedai tudung. Wah wah. Siapa nak beli shawls or tudung, semua ada. But its at shah alam. Datang jangan tak datang :D bukak pukul 10 pagi, tutup 10 malam. Gaji pun okay. Tak nak complain macam-macam, terima je apa yang ada. Baru rezeki tu murah. Kan? kan? hihi. Nak sibukkan diri aku, supaya aku tak fikir banyak. Nanti korang datang tau, kat PLAZA MASALAM shah alam. Tau? ecehhh. hihihi. Okay lah, nak pergi mandi and bersiap. Jangan lupa eh :P Byebye.

Tuesday 5 July 2011

Festival Al-Quran

Bismillah,

Selamat tengahari. Awok-awok sekalian. Hihi, macam mana? sihat tak? Nani okay saja. Cuma busy sikit dengan Festival Al-quran kat shah alam. Iaitu kat kolej kitaorang :) hehe. Okay, memandangkan festival tu 8 july ni, so, kitaorang ada rehearsal ahad ni. Dan aku, aishah dengan ainul selaku AJK Pendaftaran, Kena check nama orang-orang. VVIP: Datuk/Datin/ Menteri/Sultan. Tidakkk! Kena berani ni. Wah wah. Persediaan sy, ketawa dan ceria kan mood anda.

jangan tunjuk sedih @ kecewa :)

hihihi.

siapa-siapa nak pergi ke Festival Al-Quran dan Kesenian Islam tu, sila add facebook sy, dan kemudian boleh terus call sy :D terima kasih.




Wednesday 29 June 2011

Tiredness :(

Bismillah,

ouh, 12:28pm. Sudah tengahari. Hopefully semua para pembaca bloggers dah makan :) hihi. Okay, Hari ni rasa macam penat sangat-sangat. Entah mengapa. Mungkin sebab aku berulang-alik dari shah alam ke Klang. Dan hari nya adalah semalam. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Ehehe~ suka nyaa saya. Allah jaga kami. Syukur. Muahh :*

Semalam, aktiviti aku. Lepas habis class sejarah. Aku dengan kak su balik rumah sewa. Kak su nak tumpang solat asar kejap sebelum bincang apa yang nak dilakukan selepas solat. Haha, akhirnya... Lepas solat tu, aku bincang dengan kak su. Pergi makan kejap kat Restoren Azira belakang rumah tu haa. Habis la, gemuk perut aku. Peh tu, mula la, nak muntah. Haih. Semalam makan kuey tiow pedas. Berasap-asap pedas nya, tapi tak pedas-pedas pun. HIHIHI :P Mintak maaf makcik, sebenarnya kuey tiow makcik tak pedas pom, hahaha. Kak su pulak makan soto. Maklum lah orang berdiet memang macam gini. hihi, okay then, lepas je order itu makanan, kak su minum air limau, haih. Memang nampok sangat nipunye. hahaha! Aku pulak air sirap bandung. Biasa la, pink nampak lembut. Aku bukan lembut pun. KAH KAH KAH! Er, apa-apa pun, memang sedap gila la air bandung tu, sampei dua gelas aku minum. Tahu dop? eceh. Cakap terengganu pulop. hahaha! :P Okay-okay. Lepas je makan semalam, aku terus ikut kak su balik Klang. Dari maghrib sampai pukul 9:45pm aku sampai umah dia kat Apartment Turi, Klang. Hihih, apa-apa pun, memang best. Tpai penat sikit ler. Sebab duduk atas motor kan? apa kan daya? hehee~ Okay, sekarang ni, aku nak pergi makan kejap kat plaza masalam. Apa-apa pun, nanti kita cte lagi tau? :D

Sunday 26 June 2011

Cukup la.

Bismillah,

Ya allah, berikan lah ketabahan hati untuk hamba Mu ini. Hanya pada engkau aku berserah, dan Hanya pada engkau aku kembali. Lindungi lah diri ku ini dari kejahatan di dunia. Jauhkan lah hamba mu ini dari api neraka dan seksaan kubur.

Oh, post kali ni untuk sidia. Maafkan sy. Sy tidak boleh lupa kan awk. Awk sangat baik. Tapi mungkin ada hikmah kenapa kita jadi begini. Kan? Maaf sangat-sangat. Sy mahu pulang. Pulang pada jalan yang benar. Sudah sakit dengan semua nya. Tiada guna beritahu pada mereka jika mereka lebih percaya kan orang lain daripada anak sendiri. Betapa sakitnya hati sy mereka kata sy bermain-main tentang semua ini. Memang Allah menguji sy lebih dari awk. Dia sayang sy. Dan sy sayang Allah. Jika ada jodoh dan rezeki, insyaAllah, Mesti Allah permudahkan segala nya. Amin.

ps:// ke'am, still missing you. Allah always at ur side. Me either. Take care.