Wednesday, 29 June 2011

Tiredness :(

Bismillah,

ouh, 12:28pm. Sudah tengahari. Hopefully semua para pembaca bloggers dah makan :) hihi. Okay, Hari ni rasa macam penat sangat-sangat. Entah mengapa. Mungkin sebab aku berulang-alik dari shah alam ke Klang. Dan hari nya adalah semalam. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Ehehe~ suka nyaa saya. Allah jaga kami. Syukur. Muahh :*

Semalam, aktiviti aku. Lepas habis class sejarah. Aku dengan kak su balik rumah sewa. Kak su nak tumpang solat asar kejap sebelum bincang apa yang nak dilakukan selepas solat. Haha, akhirnya... Lepas solat tu, aku bincang dengan kak su. Pergi makan kejap kat Restoren Azira belakang rumah tu haa. Habis la, gemuk perut aku. Peh tu, mula la, nak muntah. Haih. Semalam makan kuey tiow pedas. Berasap-asap pedas nya, tapi tak pedas-pedas pun. HIHIHI :P Mintak maaf makcik, sebenarnya kuey tiow makcik tak pedas pom, hahaha. Kak su pulak makan soto. Maklum lah orang berdiet memang macam gini. hihi, okay then, lepas je order itu makanan, kak su minum air limau, haih. Memang nampok sangat nipunye. hahaha! Aku pulak air sirap bandung. Biasa la, pink nampak lembut. Aku bukan lembut pun. KAH KAH KAH! Er, apa-apa pun, memang sedap gila la air bandung tu, sampei dua gelas aku minum. Tahu dop? eceh. Cakap terengganu pulop. hahaha! :P Okay-okay. Lepas je makan semalam, aku terus ikut kak su balik Klang. Dari maghrib sampai pukul 9:45pm aku sampai umah dia kat Apartment Turi, Klang. Hihih, apa-apa pun, memang best. Tpai penat sikit ler. Sebab duduk atas motor kan? apa kan daya? hehee~ Okay, sekarang ni, aku nak pergi makan kejap kat plaza masalam. Apa-apa pun, nanti kita cte lagi tau? :D

Sunday, 26 June 2011

Cukup la.

Bismillah,

Ya allah, berikan lah ketabahan hati untuk hamba Mu ini. Hanya pada engkau aku berserah, dan Hanya pada engkau aku kembali. Lindungi lah diri ku ini dari kejahatan di dunia. Jauhkan lah hamba mu ini dari api neraka dan seksaan kubur.

Oh, post kali ni untuk sidia. Maafkan sy. Sy tidak boleh lupa kan awk. Awk sangat baik. Tapi mungkin ada hikmah kenapa kita jadi begini. Kan? Maaf sangat-sangat. Sy mahu pulang. Pulang pada jalan yang benar. Sudah sakit dengan semua nya. Tiada guna beritahu pada mereka jika mereka lebih percaya kan orang lain daripada anak sendiri. Betapa sakitnya hati sy mereka kata sy bermain-main tentang semua ini. Memang Allah menguji sy lebih dari awk. Dia sayang sy. Dan sy sayang Allah. Jika ada jodoh dan rezeki, insyaAllah, Mesti Allah permudahkan segala nya. Amin.

ps:// ke'am, still missing you. Allah always at ur side. Me either. Take care.

Maaf Menghilang.

Bismillah,

ouh hii kawan! Maafkan nina sebab menghilang tanpa kata. Lately, banyak benda nak cerita ni.Okay, before that, bagi sy tiup habuk-habuk kat belog ini.

Puh puh.. bersihkan sikit sesawang tu, hehe

Okay, Nani minta maaf sangat-sangat sebab menghilangkan diri. Nani busy dengan ASSignment. Hahah! Apatah lagi now dah tukar kolej. Masuk pulak kolej islam. Dari Chef bertukar menjadi Ahli Kaligrafi Islam. Apa macam? Hebat tak Nani Moxie ni? HIHI. Dulu kawan lain, sekarang dapat perangai kawan yang lain pulak. Ya Allah. Hidup ni penuh dengan titik titik hitam. Kalau nak tahu, kena lah tabah untuk hadapi semua nya. Jangan takut pulak untuk teruskan kehidupan. Biasa la kalau Allah uji tu. Tanda Dia ingat. Kalau orang tu tak kena uji, tanda Allah lupa dia :) Okay, masuk saja kolej islam di shah alam ni. Terus daftar. Macam biasa, student kat situ hanya 4 orang saja. Apa-apa pun, terima kasih kepada Kak ainul dan Aishah sebab menjadi classmate untuk intake bulan jun 2011. Piwitt! Lupa! Alfi, kawan ku sorang. Lelaki. Dia lah satu2 nya lelaki yang kami ada dalam kelas tu, hihi. Thanks bro.

TUTUP cerita pasal kolej itu. Now, cukup la aku cerita kan pasal tu, nanti aku cerita lagi tau :)

kak ainul dan nani.
aisyah dan nani.

Thursday, 9 June 2011

penatnya...

Bismillah,

Hehe, selamat malam untuk semua para pembaca-pembaca bloggie Nani Moxie, lol. Em, tajuk post untuk malam ni, Penat? hehe, Buat apa tu nani? penat-penat bagai, ce cte ce cte. Hehe! Okay, meh sini. Ada Dua org kawan baru saya, nama dia, aisyah :) dan sorang lagi kak ainul :) Dua-dua cute and comel. wahahah :P Em, penat? Buat apa? Diorang ni tidur rumah aku dah nak dekat 1 minggu, hihii. Diorang tu kerja nya dalam bilik, aku ajak keluar, tak nak. Time aku nak tidur, baru nak ajak jalan-jalan, hahah! hampeh betul.

Aktiviti untuk hari ni, 9/6/2011. Pagi-pagi bangun, pukul 9 lebih. Kejutkan akak ku sorang dengan isha tu, sebab nak pergi giant kota damansara :) Hahah! plan pukul 11 pagi nak pergi, tapi memang MASALAH betul ahh, kacauuu! Ada orang nak repair toilet pulak, hahaha -.- tension. hahaha.

perbualan antara nani dengan bibik gue, hahah

nani: hooo, chik! lama lagi ke? (suara garang)
bibik: tunggu skejap yakk.
nani: err, yelah, apa-apaan sih?
bibik: waduh, sekejap laaa naa.
nani: yelah...

hahaha, emo tak aku? hahaha, biasa la tu, hormon tak betul hahaha! :P err. Okay, dah pukul 11:30pagi, so, masa untuk ke Giant. Dah kunci pintu semua apa semua, then, aku, kak ainul, isha, bibik aku pun pergi la Giant tu ha, haha! Punya la hangus terbakar, panas gila kot. Pukul 12 tghari, memang terbaek la. Geram aku, hahaha! Dah sampai je Giant, aku ke Wendy. Dengan bibik aku, makan-makan kat sana (sorry la, tak snap gmbar pun, sebab camera sony pecah, so nak kumpul duit, beli yang baru :( aduii~)

Sampai je kat wendy, terus order. Ayam Spicy 2 ketul, air miranda strawberry and burger wendy. hehe, sedap nyaa :p hehe, nak tk? Jom. Datang rumah ainina Moxie kat kota damansara tau, hihiihih. Yang dua orang tu tak tahu ke mana? ahaha, naik turun giant kot, aku pun tak tahu. huu.Okay, lepas aku dgn bibik aku habis makan, kita orang jenjalan kat area Market and we had done a lot of fun there. Macam-macam beli kat sana, hihih. Skirt merah, nanti aku snap ok? hahah! Harga pun boleh tahan. Aku beli Short Cardigan. Pehtu, beli macam-macam.

Dah puas jenjalan tu, then, semua orang dah penat and go home with a very beautiful face and tired. LOL. Okay, tangan aku dah penat kot nak tulis, nanti aku cte lagi. byebye, malam!

Wednesday, 8 June 2011

Shopping*

Bismillah,

wah! Alhamdulillah, dapat tulis blog jugak untuk hari ni. Dah nak masuk zuhur dah pun, hihi. Zuhur :) Okay, belum azan lagi kan? Em, Post kali ni, mesti semua org suka punya. Lagi-lagi perempuan. Hehe, shopping. heheh' Owriteeee~ Kawan aku tanya, ramai yang tanya:

'Nani, kau shopping kat mana eh?'
aku jawab: kat maysaa.

'Mahal tak?'
aku jawab: ok-ok saja harga dia. Sempoi~

Okay, apa yang best kat maysaa tu?
Meh aku jawab, aku suka baju-baju kat maysaa gilagila* sebab:

1. kain lembut.
2. Maxi dress (salah satu baju kegemaran)
3. Satin
4. Skirt
5. And SCARVES.

hoho, shawls dah berlambak dah, now focus pada penampilan. Gotta be slim okay, yey! Tak sabar nak jadi Nani yang baru, cun and penuh dengan semangat baru, hehe.

untuk yang berminat untuk lihat website tu, boleh copy and paste pada bawah ni.



(www.my.maysaa.com)

tq! :)

Saturday, 4 June 2011

Obstacles.

Bismillah,

ah, selamat malam kawan-kawan. Maaf pada semua readers ainina moxie. Nani Busy sikit dengan urusan peribadi, huu. Masalah and masalah. Antara hidup dan mati. Susah nak cerita kat sini, sebab ini tempat public. hehe, takpe lah. biar hati saja yang tanggung sorang-sorang. Allah ada kan? Moga Allah lindungi aku dari segala kejahatan, ameen. Allah cipta kita nak kita sujud pada Nya, bukan suka-suka. Tapi kebanyakan manusia semua hidup semua nak enjoy, kan? kan?

(MARAH PADA DIRI SENDIRI)

Takpe, aku akan cuba diri aku untuk jadi yang terbaik untuk sidia dan Allah, Allah number one, dia number two. Okay? Dia uji kerana sayang. Obstacles making us been so matured. Aww, sweetnya aku ni cakap macam ni, hehe, okay lah, tak nak cakap banyak-banyak, takut banjir 1 bilik ni kang, aduii :'( have a nice day okay? byebye :)

Wednesday, 1 June 2011

Sistaaa'

Bismillah,

aww, selamat tengahari, 12:44pm. Yeah, cuaca kat luar pun macam nak hujan and ribut. Wallahualam, moga dilindungi sentiasa. Kan? kan? Err, post kali ni, untuk insan yang tersayang, kekanda ku. Kakak ku! Yeah, kembar ku, sama pada semua nya, kakak ku yang selalu ada untuk ku. Dia sayang aku, aku sayang dia. Sampai bila-bila. Macam 'Mencurahkan air ke daun keladi'! hahah' apa lah Nani ni. Keh keh keh. Okay, dia baik sangat. And suka dengar aku membebel, hahaahaha' Ouh, semua kawan-kawan aku tanya, berapa umur? Dia nak masuk 19 tahun, ngee. Bulan 10 ni birthday dia, hahah. Sekarang ni, dia tengah cuti and lately akan ke Karak untuk teman mama ku di sana, MAMA kami di sana, whoaa! jealous, aku tak dapat nak pergi, sebab nak masuk kolej dah. Rinduuu kakak, rindu anak buah, rindu abg, rindu mama, rindu rumah karak (; Thank you Allah sebab bahagiakan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Nota untuk kakanda: Adik sayang akak sangat-sangat, sayang lebih dari nyawa, if apa-apa berlaku, bagitahu adinda mu ni <3